Saturday, March 15, 2014

Kecerdikan berbagai, tapi hanya 1 di iktiraf oleh sistem

otak yang tersirat akal kebijaksanaan yang pelbagai

Manusia dicipta jauh berbeza dengan makhluk lain, perkara ini jelas di nukilkan dalam surah At-tin ayat ke 4 yang bermaksud 
"sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."
Sungguh manusia itu satu kejadian yang ajaib. Mengikut kajian dari sebuah universiti barat mengeluarkan hasil penelitian terhadap manusia ialah dianugrahakan kecerdasan yang berbeza..antara jenis kecerdasan ialah.

1-
Verbal-Linguistik - Kecerdasan dan kebolehan yang berkait dengan
penguasaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran menggunakan bahasa yang kompleks.

2-Interpersonal - Kecerdasan ini adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta memahami hasrat orang lain. Kecerdasan ini membantu kita dalam bersosial dengan orang lain.

3-Intrapersonal - Kecerdasan dalam berkaitan dengan kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.

4-Logik (matematik) - Kecerdaasan dalam bidang matematik dan mereka ini boleh bermain dengan angka dan tidak mudah keliru dengan masalah yang timbul dalam pengiraan matematik. Mereka juga sering memberi nilai, menghitung dan mencari penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu perkara.

5-
Kinestetik - kecerdasan menggunakan kecekapan menginteprestasikan pergerakkan anggota atau tubuh dalam berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. Biasanya mereka yang berminat dengan aktiviti sukan dan fizikal yang cergas.
 
6-Visual-Ruang - Kecerdasan yang membolehkan seseorang individu melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. Individu yang mempunyai kecerdasan visual-ruang ini memiliki keupayaan imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang kreatif atau baru serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain.

7-Naturalis - Kecerdasan yang berkaitan tentang keseluruhan alam dan mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi dan rasa empati terhadap semua benda hidup.

8-Muzik - Kecerdasan dalam bidang muzik melibatkan kepakaran dalam prestasi, komposisi, dan apresiasi terhadap pola-pola muzik. Ini termasuk keupayaan untuk mengenali dan menyusun bola muzik, nada, dan irama.

9-Eksistensialis - Kecerdasan eksitensialisis ini merupakan aliran falsafah yang fahamannya berpusat kepada kejadian dan kewujudan manusia, erti kehidupan, kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupannya.


Tapi sistem hari ini hanya mengiktiraf hanya satu sahaja dari senarai diatas iaitu kecerdasan dari sudut
Verbal-Linguistik, sesiapa yang gagal dalam kecerdasan ini, maka dia akan disenaraikan mereka yang bodoh dalam sistem walaupun dia mempunyai kecerdikan lain.

walaupun anda mempunyai kecerdikan lain selain dari kecerdikan verbal-linguistik, jangan risau kerana berpijak diatas kaki sendiri tanpa bergantung kepada kerajaan adalah langkah yang jauh lebih selamat dan terjamin. Jangan sesekali memperlekehkan kecerdikan yang anda ada, tetapi pelihara dan asahlah bakat dan kecenderungan supaya menjadi kegunaan untuk anda dan orang lain.

Monday, November 11, 2013

Cara Rawat Kanser Paling Berkesan

Kanser merupakan sejenis penyakit yang amat ditakuti manusia. Penyakit yang ada ubatnya tetapi tidak ramai pengidap penyakit ini yang bertuah. Rata-rata dari pesakit hanya mengetahui yang dirinya menghidapi kanser hanya selepas kanser’nya telah sampai ke tahap berbahaya.
Pelbagai ubatan moden yang ada pada hari ini maseh tidak mampu untuk merawat kanser. Pembedahan moden tidak mampu membuang kesemua sel-sel kanser didalam badan pesakit kanser. Sebab itu kebiasaan nya akan terpaksa disusuli dengan rawatan Kimotherapi dan juga Radioterapi. Dengan ketiga-tiga rawatan moden ini , biasanya sel-sel kanser akan muncul semula ditempat lain dengan lebih ganas setelah 6 bulan ke 2 tahun. Pada waktu ini rawatan moden tidak mampu lagi menawarkan sebarang bentuk rawatan. Pesakit-pesakit biasanya sekadar ditawarkan dengan pil-pil morphine untuk mengkhayalkannya dan kurangkan  rasa kesakitan sementara menanti saat kematian.  

Keladi Tikus Penawar Kanser Paling Mujarab

pokok keladi tikus yang segar dan sihat

Tanaman keladi tikus (Typhonium flagelliforme) adalah tanaman sejenis pokok setinggi 25 cm hingga 30 cm, termasuk dalam kategori tumbuhan semak, habitatnya yang menyukai tempat yang lembab yang tidak terkena cahaya matahari. Tanaman berbatang basah ini biasanya tumbuh di tempat terbuka pada ketinggian 1.000 meter di atas permukaan laut. Bentuk daunnya bulat dan hujungnya yang runcing berbentuk jantung. Ianya berwarna hijau segar dan akarnya(umbi) berbentuk bulat rata sebesar buah pala.

Thursday, November 7, 2013

Bagaimana menjadi Moderator forum


Aku ada sedikit perkongsian pengalaman menjadi moderator forum, tetapi aku bukan lah pakar, cuma ada sedikit pengalaman untuk kita kongsi bersama. Aku banyak mendapat pengalaman mengendalikan forum ketika menuntut di Jordan (ketika perkongsian ini ditulis, aku berbaki satu semester lagi untuk menamatkan pengajian), peluang ini aku gunakan sebaik mungkin untuk dijadikan soft skill hari-hari mendatang.

Sungguh, mengendalikan forum memerlukan tumpuan lebih dari 100%, kadang kala, selepas habis forum, aku merasa sangat letih dan memerlukan rehat yang banyak, mungkin lain orang, lain cara, itu hanya caraku. sebelum aku berkongsi, jom tengok beberapa forum yang aku kendalikan.

Sistem Pendidikan Yang Merugikan Negara


Terima kasih kepada yang meminta ulasan kami tentang kematian pelajar di dewan peperiksaan SPM yang telah menggemparkan ramai pihak semalam. Beliau adalah pelajar terbaik dalam kelas dan menjadi harapan sekolah serta keluarga untuk mendapat 10A. Berita pelajar yang membunuh diri selepas gagal mendapat keputusan yang dihajatkan sebelum ini juga telah menarik perhatian ramai. Walhal keputusan beliau masih baik. Sejauh itu tragisnya stigma DEMAND masyarakat terhadap keputusan cemerlang.

Hari ini rakyat telah mulai sedar bahawa sistem pendidikan negara banyak memberikan kekangan kepada pembangunan minda dan sahsiah anak-anak. Kedudukan perbandingan kecerdasan pelajar mengikut sumber PISA 2009+ menunjukkan negara kita berada di tangga ke 52-57, Indonesia di tangga ke 61-67, kedua-duanya Islam belaka. Singapore pula 2-5, dan Shanghai, China di tangga pertama. Dahulu kita tahu China gah dengan armada mereka, ketaatan rakyat mereka dengan raja dan patriotisma rakyatnya. Hari ini kita lihat taburan China Town dan masyarakat Cina yang menguasai perniagaan dan bidang kerajinan seluruh dunia. Di tanah besar mereka sekat internet mereka. Wajarlah Nabi nasihatkan kita belajar dengan China, dan kita pula berhentilah mengatakan hadis itu lemah hanya kerana kita tidak nampak rasionalnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails