Terima kasih kepada yang meminta ulasan kami tentang kematian pelajar
di dewan peperiksaan SPM yang telah menggemparkan ramai pihak semalam.
Beliau adalah pelajar terbaik dalam kelas dan menjadi harapan sekolah
serta keluarga untuk mendapat 10A. Berita pelajar yang membunuh diri
selepas gagal mendapat keputusan yang dihajatkan sebelum ini juga telah
menarik perhatian ramai. Walhal
keputusan beliau masih baik. Sejauh itu tragisnya stigma DEMAND
masyarakat terhadap keputusan cemerlang.
Hari ini rakyat telah mulai sedar bahawa sistem pendidikan negara banyak memberikan kekangan kepada pembangunan minda dan sahsiah anak-anak. Kedudukan perbandingan kecerdasan pelajar mengikut sumber PISA 2009+ menunjukkan negara kita berada di tangga ke 52-57, Indonesia di tangga ke 61-67, kedua-duanya Islam belaka. Singapore pula 2-5, dan Shanghai, China di tangga pertama. Dahulu kita tahu China gah dengan armada mereka, ketaatan rakyat mereka dengan raja dan patriotisma rakyatnya. Hari ini kita lihat taburan China Town dan masyarakat Cina yang menguasai perniagaan dan bidang kerajinan seluruh dunia. Di tanah besar mereka sekat internet mereka. Wajarlah Nabi nasihatkan kita belajar dengan China, dan kita pula berhentilah mengatakan hadis itu lemah hanya kerana kita tidak nampak rasionalnya.