Saturday, August 4, 2012

3 tips mencari potensi diri



ramai dari kita tidak tahu apa potensi diri,rata-rata lebih suka mengikuti jejak yang diatur oleh pemerintah untuk meneruskan kehidupan.tidak salah untuk mengikuti jejak langkah itu,tapi sampai bila nak biarkan kita hidup dalam keadaan keterpaksaan..??ditekan,dipaksa,ditindas,dianiaya,dan pelbagai ragam lagi yang kita terpaksa terima.



untuk mencari apakah potensi diri kita sebenar ialah dengan bertanya kepada diri sendiri atau mereka yang terdekat dengan kita,biasanya ibu bapa,adik beraadik,sanak saudara dan juga rakan sebaya yang sudah lama mengenali kita.tapi ada juga yang tidak temui jawapan kepada persoalan tadi,bahkan jika ditanya,apakah kelemahan kita,tanpa disuruh mereka akan menghitung tanpa kenal erti penat lelah...ye,keburukan seperti debu,mudah nampak,dan kebaikan seperti angin,langsung tidak nampak.

ok,jika dengan cara diatas tidak mampu untuk mencari potensi diri,ikuti tips dibawah.

1-bidang apa yang kita minat.
untuk mengentahui bidang apa yang kita minat,kita dapat tengok dari tindak balas diri kita dalam membuat sesuatu,jika kita sanggup bazirkan masa,tenaga,dan wang untuk perkara itu,berkemungkinan besar itu adalah bidang yang kita minat,dengan syarat,tiada siapa yang memaksa untuk kita lakukan perkara itu.sebagai contoh,jika kita minat dengan ternakan,kita akan jaga haiwan yang kita bela,membeli makanan dan peralatan yang berkaitan,dan yang paling jelas jika kita minat,kita akan termanggu didepan ternakan itu beberapa minit atau jam...!

2-cuba perkara baru.
pepatah ada mengatakan,alang-alang celup perkasam,biar sampai ke pangkal lengan,maksudnya kita mencuba perkara baru dengan bersungguh-sungguh kerana ada sesetengah perkara kita tidak tahu sama-ada ia sesuai atau tidak dengan kita sehingga kita melihat hasilnya,jika buat sambil lewa,boleh ke kita lihat hasilnya..??

3-banyakkan berjalan,membaca dan mengkaji.
memang tidak dapat dinafikan jika kita banyak megembara,membaca,dan mengkaji sudah tentu kita menemui perkara-perkara baru yang senang dengan diri kita,hari ini kita mampu membaca dan mengkaji dengan semudah abc kerana dunia internet sudah menyediakan segala infomasi yang berkaitan,apa yang penting,kajian dan bacaan kita itu semestinya berlandaskan syara'.

dan ingatlah,potensi diri perlu digali,ianya seperti berlian yang mana perlu digali,dilombong,diayak,dibasuh,dikikis,diteliti,dikutip dan barulah kita temui berlian itu yang asalanya terbenam jauh dalam perut bumi.

tidak ada manusia yang lahir didunia ini terus menjadi seorang yang berbakat dan sedia ada potensi diri,mahu atau tidak,kita semua perlu berusaha keras dan kuat untuk mencari potensi diri,dan sesungguhnya potensi diri itu mampu membaling kita pergi lebih jauh,kadang-kadang tidak terjangkau oleh kita.sekian.


muizz ashari
11.30pm
04082012
irbid jordan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails