Friday, September 7, 2012

perkongsian "Duta besar UFO/Alien"


dewan abu ain,irbid jordan
Assalamualaikum..

   Dengan penuh terujanya saya mengupdate blog kali ini dengan tajuk yang tertera.Sebelum kita pergi lebih jauh,saya nak perkenalkan siapakan sebenarnya duta Alien ini.Beliau adalah Dr.Mazlan Othman seorang tokoh astrofizik antarabangsa dan secara mudahnya beliau adalah orang penting dalam misi menghantar angkasawan pertama Malaysia,Sheikh Muzaffar Shukor.untuk maklumat lanjut tentang beliau sila klik disini dan disini dan disini.Pada sept 2010 masyarakat dunia menggelarnya sebagai duta besar Alien kerana terdapat khabar angin yang mengatakan PBB telah melantik beliau untuk mewakili umat manusia jika UFO ingin berhubung dengan dunia manusia.Walauapa pun beliau telah menafikah statement itu.



Kehadiran beliau di Jordan bertujuan untuk berbincang dengan kerajaan Jordan dalam membina center space science technology education dibawah kelolaan United Nation Programme demi merangka keselamatan ruang angkasa.(macam cerita utramen laa plak).

Menarik dan Teruja
Apa yang menarik,beliau sudi untuk bertemu dengan kami(pelajar malaysia di sini) dan berkongsi cerita dan pengalaman beliau sepanjang melalui ranjau kehidupan selama 60 tahun.Antara banyak perkara yang dikongsi,saya lebih berminat untuk mengulas tentang Space Law iaitu salah satu tujuan pembinaan center space science technology education. 


Diruang angkasa,tiada peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.Sesiapapun bebas untuk melakukan apa sahaja disana dan Amerika tidak senang dengan kewujudan Space Law ini kerana mereka tidak bebas untuk melakukan kajian yang mana hasil dari kajian mereka itu boleh memberi kesan kepada alam sekitar ruang angkasa iaitu mereka menghasilkan sampah sarap (space debris) yang mana boleh menyebabkan permukaan ruang angkasa lepas diseliputi dengan sampah seterusnya menghalang dari roket melintasi ruang angkasa kerana sampah yang sebesar mata pen pun boleh memberi impak seperti sebiji peluru...!apatah lagi yang lebih besar dari itu.

Kesan
Macam mana sampah ini terjadi..?sampah ini terjadi hasil daripada satelit-satelit yang rosak atau musnah dan lebih mengejutkan hanya 7% satelit diruang angkasa masih berfungsi,selebihnya adalah sampah.China telah menembak satelitnya yang tidak berfungsi dari jarak 700km dan ini akan menyebabkan serpihan satelit china itu menjadi sampah kekal diruang angkasa.Dianggarkan space debris diruang angkasa seberat 5.500 tan dan jika dibiarkan perbuatan ini berlaku,generasi masa depan akan terancam dan tiada lagi satelit-satelit baru boleh dilancarkan.


Bahaya
Perkara ini terlalu bahaya jika dibiarkan kerana satu masa nanti peperangan tidak lagi berlaku didarat,dilautan atau di udara,tetapi ianya berlaku diruang angkasa.Negara kuat mampu memusnahkan negara lemah hanya dengan menembaknya menggunakan satelit.

Penutup
jelaslah islam itu adalah pegangan hidup manusia sejagat,tidak kira dimana jua kita berada,disana sistem kehidupan berpaksikan pada islam boleh diaplikasi dan diguna pakai dan sesungguhnya tanpa islam,kehidupan manusia akan terus kucar seterusnya membawa kepada kecelakaan yang tidak seorang pun mengimpikan keadaan itu.

p/s : cerita lama nie,dulu tak sempat siapkan,malam nie baru nak siapkan...:p

bye..~

muizz ashari
well homes maintenance
irbid jordan
1.08am
08-09-2012

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails