Tuesday, September 11, 2012

perniagaan dan kekejaman.

breakfast in crowne plaza amman with Mr Abdullah Harun (tersenyum lebar)

semalam saya diberi peluang untuk berkongsi cerita dan sembang-sembang dari pakar ekonomi dan finance dunia,Mr abdullah harun yang lebih dikenali sebagai manusia nomad,selalu keluar negara.beliau lebih banyak berkongsi  dengan saya tentang dunia saham,dari langkah pertama iaitu memilih remiser hinggalah permainan spekulators yang kejam lagi dahsyat dalam mempengaruhi naik atau turun harga saham...serius amat bermakna...tapi dalam post kali ini saya ingin berkongsi satu perkara yang saya kira lebih menarik untuk dikongsikan iaitu pernigaan dan kekejaman..



terus kepada tajuk yang saya utarakan,kekejaman ahli perniagaan bertaraf dunia ini sehingga dia mampu mengawal sesebuah negara yang asalnya bebas dari belenggu kemiskinan,tetapi dengan perangkap dan tipu helah yang dicanang oleh mereka,beberapa negara lemah dunia akan menjadi mangsa mereka.

sebagai contoh saya berikan.mereka bersekongkol dengan badan kewangan dunia seperti world bank dengan memberi pinjaman kepada mana-mana negara yang bermasalah dengan kadar faedah yang terlalu tinggi sehingga rata-rata dari negara lemah ini tidak mampu untuk membayar balik pinjaman tersebut(baca:masuk jerat),maka dengan hutang yang ditanggung,nilai negara menjadi murah,disaat ini lah ahli-ahli perniagaan akan masuk dalam negara ini untuk membina kilang dan mengupah pekerja-pekarja dari negara terbabit dengan gaji yang cukup rendah dan mereka terpaksa menerima pekerjaan itu disebabkan untuk menampung tekanan hidup.
dunia dicengkam dengan hutang yang direka tanpa sandaran..!

tidak cukup dengan itu sahaja,ahli perniagaan ini juga mengaut segala hasil bumi yang ada pada negara itu untuk mengaut keuntungan beratus kali ganda keuntungan seterusnya menempatkan mereka ditempat yang selesa seterusnya mencari mangsa-mansga baru untuk dijadikan santapan kerakusan dan kekejaman mereka.

muizz ashari
irbid jordan
11.41pm
11092012

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails