Saturday, March 15, 2014

Kecerdikan berbagai, tapi hanya 1 di iktiraf oleh sistem

otak yang tersirat akal kebijaksanaan yang pelbagai

Manusia dicipta jauh berbeza dengan makhluk lain, perkara ini jelas di nukilkan dalam surah At-tin ayat ke 4 yang bermaksud 
"sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."
Sungguh manusia itu satu kejadian yang ajaib. Mengikut kajian dari sebuah universiti barat mengeluarkan hasil penelitian terhadap manusia ialah dianugrahakan kecerdasan yang berbeza..antara jenis kecerdasan ialah.

1-
Verbal-Linguistik - Kecerdasan dan kebolehan yang berkait dengan
penguasaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran menggunakan bahasa yang kompleks.

2-Interpersonal - Kecerdasan ini adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta memahami hasrat orang lain. Kecerdasan ini membantu kita dalam bersosial dengan orang lain.

3-Intrapersonal - Kecerdasan dalam berkaitan dengan kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.

4-Logik (matematik) - Kecerdaasan dalam bidang matematik dan mereka ini boleh bermain dengan angka dan tidak mudah keliru dengan masalah yang timbul dalam pengiraan matematik. Mereka juga sering memberi nilai, menghitung dan mencari penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu perkara.

5-
Kinestetik - kecerdasan menggunakan kecekapan menginteprestasikan pergerakkan anggota atau tubuh dalam berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. Biasanya mereka yang berminat dengan aktiviti sukan dan fizikal yang cergas.
 
6-Visual-Ruang - Kecerdasan yang membolehkan seseorang individu melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. Individu yang mempunyai kecerdasan visual-ruang ini memiliki keupayaan imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang kreatif atau baru serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain.

7-Naturalis - Kecerdasan yang berkaitan tentang keseluruhan alam dan mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi dan rasa empati terhadap semua benda hidup.

8-Muzik - Kecerdasan dalam bidang muzik melibatkan kepakaran dalam prestasi, komposisi, dan apresiasi terhadap pola-pola muzik. Ini termasuk keupayaan untuk mengenali dan menyusun bola muzik, nada, dan irama.

9-Eksistensialis - Kecerdasan eksitensialisis ini merupakan aliran falsafah yang fahamannya berpusat kepada kejadian dan kewujudan manusia, erti kehidupan, kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupannya.


Tapi sistem hari ini hanya mengiktiraf hanya satu sahaja dari senarai diatas iaitu kecerdasan dari sudut
Verbal-Linguistik, sesiapa yang gagal dalam kecerdasan ini, maka dia akan disenaraikan mereka yang bodoh dalam sistem walaupun dia mempunyai kecerdikan lain.

walaupun anda mempunyai kecerdikan lain selain dari kecerdikan verbal-linguistik, jangan risau kerana berpijak diatas kaki sendiri tanpa bergantung kepada kerajaan adalah langkah yang jauh lebih selamat dan terjamin. Jangan sesekali memperlekehkan kecerdikan yang anda ada, tetapi pelihara dan asahlah bakat dan kecenderungan supaya menjadi kegunaan untuk anda dan orang lain.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails