Thursday, November 7, 2013

Bagaimana menjadi Moderator forum


Aku ada sedikit perkongsian pengalaman menjadi moderator forum, tetapi aku bukan lah pakar, cuma ada sedikit pengalaman untuk kita kongsi bersama. Aku banyak mendapat pengalaman mengendalikan forum ketika menuntut di Jordan (ketika perkongsian ini ditulis, aku berbaki satu semester lagi untuk menamatkan pengajian), peluang ini aku gunakan sebaik mungkin untuk dijadikan soft skill hari-hari mendatang.

Sungguh, mengendalikan forum memerlukan tumpuan lebih dari 100%, kadang kala, selepas habis forum, aku merasa sangat letih dan memerlukan rehat yang banyak, mungkin lain orang, lain cara, itu hanya caraku. sebelum aku berkongsi, jom tengok beberapa forum yang aku kendalikan.



bersama ustaz PhD bahasa arab, PhD ekonomi dan ustazah bahasa arab untuk mahasiswa yarmouk

 bersama ustaz PhD Rozaimi(pakar hadis) Farid Ravi(selebriti TV) dan Ihsan Fadli

forum komuniti permai (irbid jordan) bersama Hilal Ashraf

program ramah santai batch 2009 cinta dan kerjaya

forum anak kelatan di JUST

forum bersama ust Farid Ravi dan dr Zaharuddin

ok, kembali pada perkongsian, aku bahagikan kepada 3 sesi, iaitu sebelum, semasa dan selepas forum.

SEBELUM FORUM

Antara perkara yang perlu anda persiapkan ialah :

1-ketahui tajuk forum dari pihak penganjur.contoh tajuk : "kejatuhan ekonomi melayu berpunca dari melayu". semestinya anda perlu buat home work terdahulu tentang sejarah ekonomi melayu, carta graf, perbandingan sosial masyarakat melayu dulu dan sekarang, fakta statistik dan beberapa perkara lain yang dikira patut diketengahkan.

2-buat latihan bercakap didepan cermin atau rakaman, perhatikan gerak geri kita semasa bercakap, jika kita tak suka beberapa gaya, wajib kita ubah, jika anda sendiri benci dgn gaya itu, orang lain jauh lebih benci dengan gaya itu..ingat.!

3-buat teks ucapan yang dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada pengerusi, menjemput ahli panel, memperkenalkan ahli panel, gambarkan perjalanan forum kepada semua audiens, jelaskan masa yang diberikan kepada setiap ahli panel, dan sediakan kertas kecil untuk warning kesuntukan masa kepada ahli panel yang sedang bercakap.

4-cari perkataan bombastik yang difahami untuk menyemarakkan lagi forum, seperti "defisit negara kian MEMBENGKAK" "senario ini dianggap SANDIWARA Amerika" "mereka bebas membuat SPEKULASI"  dan beberapa ayat lain..pergi tanye Google..!

5-nomborkan helaian kertas ucapan dengan turutan yang betul, highlight kan ucapan yang penting supaya kita tidak hilang punca ketika berucap.

6-hafal sebanyak mungkin point penting supaya kita tidak terlalu memandang teks ucapan berbanding melihat audiens.

7-sediakan penutup yang menyelesaikan masalah atau perbincangan yang telah berjalan, supaya mereka yang keluar dari forum itu tidak tertanya2 apakan penyelesaian kepada perbincangan.

8-pakai pakaian yang kemas dan bergaya dan memikat pandangan audiens untuk melihat kepada perbincangan, sebagai contoh suit yang kemas. penampilan yang bagus, membuahkan rasa yakin diri yang tinggi.


KETIKA FORUM


1-perbetulkan kerusi agar selesa, lihat sekeliling dewan sebelum mulakan ucapan, ambik roh forum tu sekejap..senyap seketika akan membuatkan audiens fokus kepada kita...tarik sehabis mungkin perhatian audiens.

2-mulakan ucapan seperti tertulis dalam teks. membaca tajuk forum dengan nyata dan jelas, memandang audiens keseluruhan ketika berucap, lihat dari hujung kanan, tengah dan hujung kiri. supaya audiens rasa kita memerhatikan mereka.


3-sediakan reaksi mimik muka bersesuaian dengan apa yang sedang kita ucapkan, jika bercakap tentang kejahatan amerika, muka garang, bercakap tentang pelarian palestin, muka sedih, dan lain-lain.


4-menumpukan sepenuhnya kepada ucapan ahli panel dan mencatit semua point penting dari ahli panel untuk membuat ulasan selepas dia habis berucap.jika ada peluang, boleh mencelah ketika ahli panel berucap.


5-menjaga masa setiap slot berucap ahli panel, 4 minit sebelum masa tamat, hulur kertas kecil yang tertera "
4 minit lagi" kepada ahli panel yg berucap supaya dia dapat menamatkan ucapannya dengan flow yang menarik, bukan berhenti mengejut.


6-ketika sesi soal jawab, ambil maklumat ringkas kepada audiens yang bertanya untuk memudahkan untuk ahli panel menjawab persoalan dan memudahkan untuk mencari semula jika lontaran persoalanya menarik untuk dijadikan point penting dalam perbincangan.

7-sebelum akhiri perbincangan, ucaplah setinggi2 aprisiasi dan terima kasih kepada pihak penganjur, ahli panel dan semua yang hadir untuk menandakan  perbincangan bakal tamat dan serahkan semula majlis kepada pengerusi majlis.

SELEPAS FORUM

1-catat semua kekurangan dan kepincangan sepanjang mengendalikan forum.

2-ambil gambar untuk dijadikan kenangan.

3-dan rehat.


muizz ashari
9/11/2013 2.33pm
irbid jordan

5 comments:

  1. Jazakallah atas masukan yang baik untuk kami. Doakan forum Kem Kenali IPT, anjuran Neo Synergy Training Centre berjalan dengan baik.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..panduan yang terbaik..

    ReplyDelete
  3. syukran atas perkongsiannya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails