Monday, November 11, 2013

Keladi Tikus Penawar Kanser Paling Mujarab

pokok keladi tikus yang segar dan sihat

Tanaman keladi tikus (Typhonium flagelliforme) adalah tanaman sejenis pokok setinggi 25 cm hingga 30 cm, termasuk dalam kategori tumbuhan semak, habitatnya yang menyukai tempat yang lembab yang tidak terkena cahaya matahari. Tanaman berbatang basah ini biasanya tumbuh di tempat terbuka pada ketinggian 1.000 meter di atas permukaan laut. Bentuk daunnya bulat dan hujungnya yang runcing berbentuk jantung. Ianya berwarna hijau segar dan akarnya(umbi) berbentuk bulat rata sebesar buah pala.


Tanaman ini pertama kalinya di diselidik secara saintifik dan disahkan sebagai tanaman herba oleh penyelidik dari Malayia, Prof Dr.Chris K.H.Teo,Dip Agric (M), BSc Agric (Hons)(M), MS, PhD yang juga penaung Cancer Care Penang, Malaysia. Sejak tahun 1995 Prof. Chris Teo membuat kajian tentang tanaman ini, hasilnya menunjukan Ekstrak Typhonium Flageffiforme dan campuran bahan tambahan detoxifikasi jaringan darah. Keladi tikus ini akan lebih berkesan apabila ianya dicampurkan dengan beberapa jenis herba ini, seperti sambiloto, temu putih dan rumput mutiara. Ramuan ini mengandungi ribosome inacting protein (RIP), zat antioksidan dan zat antikurkumin. Kombinasi ketiga zat dalam campuran ramuan tersebut menghasilkan mediator yang menstimulasikan penguat sel dalam sistem kekebalan tubuh untuk membunuh sel kanser. Beberapa tahun kemudian, khasiat Keladi Tikus menjadi perbincangan hangat di kalangan ahli-ahli perubatan.

Seorang isteri kepada doktor dari Indonesia telah menghidapi penyakit kanser payudara, doktor tersebut dikenali sebagai Dr Pattopai. Isteri beliau hanya bergantung pada kaedah kemoetrapi sahaja untuk menyembuhkan penyakit itu. Beliau merasakan isterinya begitu terseksa dan rawatan itu akan memberikan pelbagai kesan sampingan. Setelah itu, beliau mencari alternatif lain untuk menyembuh penyakit isterinya. Tanpa tidak disengajakan, beliau terbaca sebuah buku yang membahaskan tentang khasiat tanaman keladi tikus karya Prof. Chris Teo. Setelah kembali ke Indonesia beliau segera mencari tanaman tersebut yang akhirnya terdapat di Pekalongan, Jawa Tengah.

Setetelah itu beliau mencampurkan keladi tikus tersebut bersama herba-herba tambahan seperti yang dinyatakan buku Prof. Chris Teo. Setelah itu, sel kanser tersebut dapat dimusnahkan secara perlahan-perlahan dan memberikan kesan positif terhadap isterinya dari segi kondisinya. Selama tiga bulan pengamalan, Pattopai membuat pemeriksaan doktor dan hasilnya sel kanser tersebut semakin negatif.

Kanser adalah sejenis penyakit yang terhasil apabila sel-sel yang bermasalah wujud di dalam tubuh seseorang. Sel ini juga membiak dengan begitu cepat, senyap dan secara multiply. Kanser biasanya dikaitkan dengan keturunan, gaya hidup yang kurang sihat dan lain-lain, ianya tidak memilih mangsa, sama ada anda artis, penjawat awam, petani, nelayan, suri rumah atau lain-lain dan  ianya juga tidak akan mengalah kepada antibiotik, oleh sebab itu, pendekatan perubatan moden menggunakan kaedah chemo diambil yang mempunyai kesan sampingan yang tidak dapat dielakkan seperti keguguran rambut selain kos rawatan yang mencecah ribuan ringgit bagi setiap satu sesi. Sikap sambil lewa dan lambat mendapatkan rawatan membuatkan penghidap kanser berhadapan dengan pelbagai masalah. Sel kanser bukan sahaja akan merosakkan sel yang ada pada sekelilingnya bahkan akan merosakkan saraf-saraf yang lain yang akan menyebabkan kehadiran penyakit yang lain.

layari : www.mujarabkanser.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails