Sunday, November 27, 2011

Azazil bukan ketua malaikat.


 sedutan dari kelas yang berlencong tajuk pengajian....=)

 Kebanyakan dari kita pernah mendengar dan membaca kisah Iblis yang mengatakan dahulunya dinamakan Azazil yang memegang gelaran sebagai ketua kepada malaikat.tapi apa yang saya cuba sampaikan ini berbeza dari apa yang kita baca dan dengar sebelum ini.

 Iblis merupakan satu golongan dari kaum jin.Seperti yang sudah sedia maklum,penciptaan Jin 1000 tahun terdahulu sebelum penciptaan Adam,dan mengikut sepakat majoriti ulama' mengatakan yang dunia ini dihuni oleh kaum jin dan mereka menumpah darah sesama mereka,mengambil pengajaran dari itulah para malaikat mengusulkan kerisauan mereka semasa Allah menyuarakan untuk menciptakan adam sebagai penghuni dunia.
"mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpah darah,padahal kami sentiasa bertasbih dan memuji Engkau dan mensucikan Engkau" [2:30]
   "Jann" adalah 'adam' kepada kaum jin,dan Jann ini berasal dari jenis betina,maka dipasangkan oleh Allah dari Jann jenis jantan,lalu mereka beranak pinak,bertebaran diatas muka bumi sehingga membentuk beberapa golongan dan puak antara mereka.Dalam kebanyakan puak jin yang bertebaran diatas muka bumi ini,ada satu golongan yang amat soleh dan taat pada suruhan Allah sehinggakan Allah mengangkat darjat mereka lebih tinggi dari malaikat,mereka itu adalah keturunan jin dari bangsa Iblis.
  • Jin : Ada golongan Taat dan Kufur kepada Allah.
  • Iblis : Semua dari golongan ini Kufur kepada Allah.
 Sebagai pencerahan,anak pinak dan seluruh keturunan Iblis ini dinamakan sebagai Syaitan.Semasa Allah menyuruh malaikat dan iblis menyembah Adam,semuanya sujud kecuali iblis kerana sikap ujub dan takbbur yang dimiliki olehnya lantaran ibadatnya lebih hebat dari para malaikat tambahan pula manusia yang dijadikan dari tanah,disebabkan itulah iblis merasakan tidak patut untuk dia sujud dan merendahkan diri kepada adam.

 Bermula detik itu Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunanya dan Allah memperkenankan permintaan iblis untuk hidup sehingga hari kiamat,dengan itu Iblis kekal dan tidak mati sehingga hari kiamat,tetapi syaitan akan mati mengikut keadaan yang tertentu.

 Syaitan dan jin boleh menyerupai dan menyamar dalam bentuk yang berjisim seperti anjing hitam,kala jengking,ular,kucing hitam dan sebagainya,sebagai kata mudahnya,syaitan dan jin hanya boleh berupa dalam benda yang buruk.maka syaitan akan terbunuh jika jin atau syaitan yang menyerupai binatang ini dibunuh.Berbeza dengan malaikat yang mana malaikat tidak akan mati walaupun dibunuh ketika menyerupai makhluk yang berjisim dan malaikat hanya boleh menyerupai benda baik sahaja.

sekian...(malas sebenarnya)

muizz ashari

27112011

Sunday, May 8, 2011

Hak Untuk Ditunai,Bukan Dituntut.



Assalammualaikum semua,saya kini berada di Mafraq,satu wilayah yang terletak diutara Jordan,ianya mengambil masa satu jam perjalanan dari Irbid dengan menaiki bas.Ketika sedang asyik menikmati pemandangan hamparan bumi Jordan sepanjang perjalanan menuju ke Mafraq,tiba-tiba "mundurnyer negara Jordan nie"...hatiku bermonolog,lantas terus teringat apa yang berlaku dibeberapa negara arab yang ditimpa benca pemberontakan rakyat.Saya berfikir sejenak,kenapa perkara ini boleh berlaku...??

Saudaraku yang disayangi,sesungguhnya kewujudan kita di persada alam ini bukan satu kebetulan atau sekadar untuk hidup semata-mata atau untuk tujuan bermain-main serta memburu keseronokan.Sebaliknya kehidupan yang diberikan dalam jangkamasa yang terbatas ini adalah medan untuk kita memberikan sumbangan dan pemberian sebanyak yang boleh.Namun bukan itu yang ingin saya cetuskan di sini,anggaplah ia sekadar pembuka bicara.Berbalik kepada persoalan tadi,kenapa pemberontakan di beberapa buah negara Arab ini boleh berlaku..?

Saturday, May 7, 2011

Jangan Persiakan Cinta itu.



Assalammualaikum dan selamat pagi semua.Entri kali ini berkaitan dengan CINTA.Jujurnya saya tidak berniat untuk meningkatkan statistik pembaca blog ini dengan perkataan keramat ini,tetapi pagi ini saya rasa perlu untuk bercakap tentang cinta kerana hari ini adalah hari memperingati cinta kita dan tanpa kita sedar,cinta adalah perkara yang paling dekat dengan kehidupan kita,semua orang bercinta dan pernah merasai cinta,iaitu cinta pertama,tetapi seribu kali sayang,berapa ramai yang mempersiakan cinta itu.

Friday, May 6, 2011

Sampah Kepala Otak


Assalammualaikum sidang pembaca yang saya hormati,setinggi syukur dipanjatkan kepada Allah swt kerana masih lagi memberi nikmat iman dan islam sehingga saya dan anda sedang menatap skrin ketika ini.Kita perlu memastikan berlalunya hari-hari yang berbaki hanya seketika ini senantiasa dalam kehambaan kita kepada Allah swt,InsyaAllah.

Sampah kepala otak

Hari ini saya akan melontarkan satu tajuk perkongsian iaitu "sampah kepala otak".Adakah anda menyedari,setiap hari anda banyak menerima dan memproses data maklumat yang datang dari pelbagai sumber dan arah,kawan,adik beradik,akhbar,tv,radio,guru,dan tidak terlepas juga dari pengemis jalanan.Pelabagai cerita dan tajuk dipersembahkan,dari sekecil-kecil benda seperti layang-layang dicuri anjing hinggalah sebesar-besar perkara seperti masalah negara,semuanya diperdebatkan.

Thursday, May 5, 2011

Sebuah Matlamat




Pembuka bicara

Salam kepada pembaca yang saya kasihi sekalian,bertemu lagi kita dalam entri kali ini dengan sebuah tajuk "matlamat".Tidak dinafikan bahawa semua perkara yang kita buat dalam hidup ini mempunyai matlamat tersendiri,hatta saya menulis entri kali ini pun mempunyai matlamat,iaitu saya ingin menjadi penulis tetap dalam jurnal niaga suatu hari nanti,maka saya perlu berlatih menulis dari sekarang..^_^

Seperti mana yang kita sedia maklum,matlamat yang jitu merupakan asas dan kompas utama dalam menuju kejayaan,tidak kira dalam apa bidang sekalipun,hatta dalam kerjaya merompak...!! Ternyata ianya merupakan tunjang utama dalam mendorong untuk kita tidak mengenal erti putus asa,kecewa dan penat dalam berusaha.Kejayaan dan kesenangan yang didambakan manusia hanya dapat dicapai melalui keberanian dan usaha yang gigih.

Maksud matlamat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails