Wednesday, April 28, 2010

Dek kasih Sang Pencipta,kita terpisah di dunia ini..

 Allahyarham Abdul Rahim Ismail

Khalifah ini.....Diciptakan untuk menjadi pemangkin Agama Sang Khalid didunia,dan mendapat rahmatNya diakhirat,sebuah keluarga telah dipilih yg bertemakan pejuang syiar Islam untuk menjadi asbab kewujudannya di dunia ini....

Tuesday, April 27, 2010

Memancing....mashikah kamu dengan aktiviti ini..??

Entry kali tak de beza dgn entry2 yg lepas..sekadar tinta yg bercelaru dan x der makna yg bermakna..
cuma.....terasa ingin benar share benda yg baru dalam hidup ini...

memancing something yg best......sy tahu yg antum sumer dah mashi dengan benda ni...tp,bg sy x berapa mashi lg...sebab.....

"adoiii...!!kenapa ko letak merata2 benda ni...??" 

*****

perjalanan hanya memakan masa selama 17 minit dari rumah saya....kejap je..just 14.4km..

 kalau naik kereta tak sempat menguap laa dikatakan..

apabila sampai....bermula laa kisah MEMANCING......jom.....

Saturday, April 24, 2010

terima kasih cikgu...


    Jam menunjukkan 15minit lagi akan masuk hari ahad.saat ini,mata khusyuk meniti tinta sirah nabawiah,tiba2 terimbau sejarah tahun lalu..tika memegang slip keputusan SPMku...."ya Allah.........terima kasih cikgu..."hatiku memintas.

*****
2 tahun lalu,kaki ini menjejak di perkarangan sekolah,yg dahulunya bagiku sebuah taman permainan bersama kawan2.tiba pada hari pendaftaran awal januari 2008 terasa begitu asing pada diri ini,kerana waktu yg memisahkan aku bermula 5 tahun lalu..

kaki ini digagahi jua untuk bersemuka dengan meja pendaftaran pada pagi itu.."eh,muizz!!"..seorang cikgu menegur..tak ku sangka dia masih mengingati aku tika itu..."sambung kat sini semula..?"dia bertanya..
"ha'a cikgu,nak ambik SPM"ku memberi respon..."owh,bagus lah"dia menjawab sambil menyambung semular tugasnya.

masa berlalu...setelah 4 bulan menghadiri kelas,sepatah haram pun aku x paham,kerana basic untuk subjek2 itu aku tak pernah lewati pom selama aku belajar di madrasah dulu,apa yg aku tahu hukum2 tajwid,bacaan Al-quran dan kitab2 jawi..tp aku tetap cool dan buat2 paham.

sampai satu ketika,seorang cikgu memerhatiku dari jauh,melihat muka ku berkerut 1001 masalah kerana cuba menyelesaikan 1 masalah yg senang dalam subjek yg diajar,biasa laa...tak der basic katakan..

gerak kakinya menuju ke arah ku,secepat kilat ku membetulkan riak wajahku untuk menjadi "cool" semula,tp semuanya terlambat,guruku lebih memahami kerenah anak muridnya..

dia bertanya:"muiz,faham apa yg cikgu ajar?"aku menjawb jujur:"x paham cikgu,tp tak pe,insya_Allah lepas ni paham kot"masih lagi ingin membela diri.

dia bertanya lagi:"PMR dulu dapat berapa?"ku tergaman bila ditanya sebegitu.."saya x belajar cikgu."straight to the point."saya x belajar start form1 lagi."terlompong cikgu tu mendengar "syarahanku"..

"awak x belajar dari form 1..?"ingin mendapat kepastian.."ya cikgu"balasku nada rendah.."awak tak boleh ni,awak kena ada basic dulu,baru faham silibus untuk form 5 ni,paling kurang awak tahu silibus form 3!!"..sedikit tinggi nada yg dilemparkan padaku..

sekembalinya aku ke rumah memikirkan kata2 cikgu tu,kata2 nya jelas tergiang2 di telingaku.hatiku membentak,"aku ada al-quran,ibu segala ilmu,kenapa aku x paham cikgu ajar..??!!!"menengking dalam hati menyalahkan diri sendiri.
"ok...x pe,akan ku teruskan perjuangan..!!ape nk jadi,jadilah"..darah anjakan paradigma mengalir dalam urat sarafku...

bermula hari itu,aku upgrade semangatku dan jadikan kata2 cikgu itu sebagai pembakar semangat.medan perjuangn ku x terhenti di sekolah,tapi berlarutan sampai di tuisyen2 sekitar kampungku..

perjuangan berterusan sehinggalah tamat exam SPM...tiba hari keputusan SPM,terkedu disaat aku memengang slip keputusan SPMku."ya Allah.........terima kasih cikgu~~..."hatiku memintas."tanpa "kencaman" mu dulu,aku x munkin berada d tahap ini cikgu.."

khas buat cikgu Azlin Alini Ahmad.....terima kasih cikgu...


sambung pembacaan sirah nabawiah...
salam...

Friday, April 23, 2010

pengalaman yg perlu dikongsi....jom berkebun...!!!

tanggal pertenganhan bulan April tahun lalu(2009) adalah satu tarikh yg tak mungkin aku lupakan kerana bermula saat itulah aku mengenal erti susah senang seorang pekebun.

selepas mendapat keputusan SPM,aku tetapkan perjalanan seterusnya iaitu melanjutkan pengajian di Jordan,tarikh berangkat kesana bulan 9,so masa 5 bulan aku habiskan dengan menimba ilmu baru iaitu ilmu berkebun.sejujurnya,aku suka berkebun..

tapak kebun aku terletak 145km dari rumah aku...wow...!!
apekejadah jauh2 berkebun....??
x masuk akal laaa....ntah laa...aku pun x tau,mnkin sbb tanah ada kat situ kot..

aku dan ayahanda tercayang memulakan perjalanan di awal pagi (lepas subuh) untuk menuju kesana kerana perjalanan memakan masa 2jam 26minit(sumber:Google Earth)..

 perjalanan kami yg memenatkan


tunggul rumpun buluh menutup pintu utama,so apelagi..banzaiiii!!!!

anak pokok getah..mahal ni,nasib baik ada subsidi..huhu

anak pokok sawit,nasib baik ini pun ada subsidi,kalau nak dibandingkan dengan harga asal RM18.00/pokok..kalau x mati laaa..

selesai memdapatkan anak benih dari RISDA,perjuangan kami seterusnya ialah membuat pagar,mengelak dari serangan babi,landak,monyet,kera,dan gajah...

ko berkebun kat zoo ke sampai gajah pun ada...??
x,ni memang habitat mereka,aku ganggu tempat mereka laa ni...

proses membuat pagar kebun agak mencabar,pagar kebun x sama dengan pagar rumah...
ayahanda tercayang bersama hasil pagar kebunnya...

pagar hanya 2 utas dawai..??ya,just 2 utas dawai je...tapi awas..!! 2 utas itu mampu menghentikan denyutan jantung bagi mana2 hidupan menyentuhnya(tapi x mati),kerana ia mempunyai cas elektrik..!!itu laa namanya pagar kebun atau pagar elektrik..
gambar lebih dekat..bahaya tuu...

belum sempat kami siapkan pagar,tiba2,musuh menyerang...!!

rezki babi yg x diundang..sedih...=(

kekuatan tentera babi memang kuat,sampai satu ketika mereka musnahkan sampai 300 anak pokok satu malam....wow..!!parah sihhh...!

dan ini hasil gajah..
"x pe,salah kami kerana ganggu tempat ko gajah,tp kesian laa kami,kami ada anak bini kena cari rezki jgk,ko pergi laa cari rezki d tempat lain...ya Allah,tolonglah kami".luah ayahanda tercayang.

 haha...ini lah pengalaman yg mengenalkan aku tentang dunia seorang petani..kesimpulan yg aku dapat dari pengalaman suci ini adalah doa&semangat..dan doa&semangat ini adalah kunci sesuatu kejayaan,tanpa 2 benda ni,kompem x berjaya..dan berkebun juga memerlukan modal yg agak tinggi kerana pulangan pun tinggi.ahaks

sekarang,aku d tanah syam merindui aktivt ini,dan salah satu cita2 aku(banyak gak cita2 aku ni)ialah menjadi petani moden,bermodalkan pengalaman yg x ternilai..

kalau ada nk tanya pasal kebun,boleh laa kita konsi lebih detail,ok,jumpe lg.....

salam....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails