Saturday, April 24, 2010

terima kasih cikgu...


    Jam menunjukkan 15minit lagi akan masuk hari ahad.saat ini,mata khusyuk meniti tinta sirah nabawiah,tiba2 terimbau sejarah tahun lalu..tika memegang slip keputusan SPMku...."ya Allah.........terima kasih cikgu..."hatiku memintas.

*****
2 tahun lalu,kaki ini menjejak di perkarangan sekolah,yg dahulunya bagiku sebuah taman permainan bersama kawan2.tiba pada hari pendaftaran awal januari 2008 terasa begitu asing pada diri ini,kerana waktu yg memisahkan aku bermula 5 tahun lalu..

kaki ini digagahi jua untuk bersemuka dengan meja pendaftaran pada pagi itu.."eh,muizz!!"..seorang cikgu menegur..tak ku sangka dia masih mengingati aku tika itu..."sambung kat sini semula..?"dia bertanya..
"ha'a cikgu,nak ambik SPM"ku memberi respon..."owh,bagus lah"dia menjawab sambil menyambung semular tugasnya.

masa berlalu...setelah 4 bulan menghadiri kelas,sepatah haram pun aku x paham,kerana basic untuk subjek2 itu aku tak pernah lewati pom selama aku belajar di madrasah dulu,apa yg aku tahu hukum2 tajwid,bacaan Al-quran dan kitab2 jawi..tp aku tetap cool dan buat2 paham.

sampai satu ketika,seorang cikgu memerhatiku dari jauh,melihat muka ku berkerut 1001 masalah kerana cuba menyelesaikan 1 masalah yg senang dalam subjek yg diajar,biasa laa...tak der basic katakan..

gerak kakinya menuju ke arah ku,secepat kilat ku membetulkan riak wajahku untuk menjadi "cool" semula,tp semuanya terlambat,guruku lebih memahami kerenah anak muridnya..

dia bertanya:"muiz,faham apa yg cikgu ajar?"aku menjawb jujur:"x paham cikgu,tp tak pe,insya_Allah lepas ni paham kot"masih lagi ingin membela diri.

dia bertanya lagi:"PMR dulu dapat berapa?"ku tergaman bila ditanya sebegitu.."saya x belajar cikgu."straight to the point."saya x belajar start form1 lagi."terlompong cikgu tu mendengar "syarahanku"..

"awak x belajar dari form 1..?"ingin mendapat kepastian.."ya cikgu"balasku nada rendah.."awak tak boleh ni,awak kena ada basic dulu,baru faham silibus untuk form 5 ni,paling kurang awak tahu silibus form 3!!"..sedikit tinggi nada yg dilemparkan padaku..

sekembalinya aku ke rumah memikirkan kata2 cikgu tu,kata2 nya jelas tergiang2 di telingaku.hatiku membentak,"aku ada al-quran,ibu segala ilmu,kenapa aku x paham cikgu ajar..??!!!"menengking dalam hati menyalahkan diri sendiri.
"ok...x pe,akan ku teruskan perjuangan..!!ape nk jadi,jadilah"..darah anjakan paradigma mengalir dalam urat sarafku...

bermula hari itu,aku upgrade semangatku dan jadikan kata2 cikgu itu sebagai pembakar semangat.medan perjuangn ku x terhenti di sekolah,tapi berlarutan sampai di tuisyen2 sekitar kampungku..

perjuangan berterusan sehinggalah tamat exam SPM...tiba hari keputusan SPM,terkedu disaat aku memengang slip keputusan SPMku."ya Allah.........terima kasih cikgu~~..."hatiku memintas."tanpa "kencaman" mu dulu,aku x munkin berada d tahap ini cikgu.."

khas buat cikgu Azlin Alini Ahmad.....terima kasih cikgu...


sambung pembacaan sirah nabawiah...
salam...

2 comments:

  1. boleh tau, semular itu apa ya?
    dan boleh tau, kenapa tak belajar dr form 1, dn cmne leh masuk sekolah tanpa PMR ek??

    ReplyDelete
  2. ahaks..ter"racist" plak...
    sory...."semular" tu sama maksud "kembali"
    erm...sekolah agama rakyat boleh je masuk tanpa PMR..n mase form 1 sy belajar pondok/tahfiz..x de pengajian akademik.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails