Saturday, May 7, 2011

Jangan Persiakan Cinta itu.



Assalammualaikum dan selamat pagi semua.Entri kali ini berkaitan dengan CINTA.Jujurnya saya tidak berniat untuk meningkatkan statistik pembaca blog ini dengan perkataan keramat ini,tetapi pagi ini saya rasa perlu untuk bercakap tentang cinta kerana hari ini adalah hari memperingati cinta kita dan tanpa kita sedar,cinta adalah perkara yang paling dekat dengan kehidupan kita,semua orang bercinta dan pernah merasai cinta,iaitu cinta pertama,tetapi seribu kali sayang,berapa ramai yang mempersiakan cinta itu.

Ketahuilah wahai pembaca yang saya kasihi,kita sudah lama diberikan cinta,bermula dari awal penciptaan dialam kandungan sehinggalah kita besar dewasa,kita diberi sebuah cinta,iaitu cinta sang IBU.Tiada harga yang mampu dinilai dengan cinta seorang ibu kepada kita walaupun nyawa menjadi taruhannya,demi cintanya pada kita,ibu sanggup menerima segala kesakitan,kesusahan dan penderitaan yang mungkin bermula ketika mengandungkan kita,disaat kelahiran yang sudah pasti memutuskan urat-urat saraf dan mengoyakkan kulit,sehinggalah membesarkan kita.Tangisan pertama disaat kelahiran menandakan kita dalam ketakutan untuk melangkah kealam baru yang jauh berbeza dari kehidupan indah sebelum ini,siapa yang menenangkan kita..? tiada yang lain kecuali ibu,ibu memeluk kita,mendodoi dalam dakapan hangatnya,demi menenangkan jiwa kecil kita pada waktu itu,dengan bahasa naluri ibu berkata "jangan takut sayang,ibu tahu kamu dalam ketakutan untuk menempuh hari yang mendatang,jangan risau,ibu janji akan menemanimu selama-lamanya,kerana kamu cinta hati ku".Lantas kita merasa ketenangan menyelubungi diri,dan bebas dari kerisauan dan kegusaran lantas terus lena dalam kehangatan pelukan ibu.

Berlalunya hari-hari ibu bersama kita dengan menjadi guru yang tidak bergaji,menjadi pembantu yang tidak berbayar,menjadi peneman yang paling setia,menjadi penglipur lara dikala jiwa kita kosong,dan menjadi pelayan yang tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan,itu semua dilakukan demi cintanya pada kita sang anak.Bagi seorang ibu,tiada yang lebih membanggakan untuk berbincang selain dari anak-anak.Seorang ibu mampu untuk memberi ucapan berjam-jam tanpa henti dalam tajuk "anak-anakku",kerana disitulah cintanya.

Hari berganti hari,tahun berganti tahun,hanya kepada ibu tempat kita mengadu dalam apa  jua perkara.Ketika kita sakit,ibu lah bomoh yang mampu menghilangkan rasa sakit itu.Ketika kita lemah,ibu lah penawar kekuatan kita.Ketika kita jatuh,ibu lah yang akan menghulurkan tangan untuk kita bangun semula.Ketika kita hilang punca arah,ibu lah yang akan menunjukkan jalan untuk kita,bahkan ketika selautan manusia menidakkan kita,ibu hanya satu-satunya penyokong setia yang terus menyokong kita...! Kerana cinta sang ibu agung,tetapi berapa ramai yang mempersiakannya.

Semoga SAYA,AWAK,DIA,KAMU dan KITA semua menjadi seorang anak soleh/solehah dan tidak mempersiakan sebuah cinta agung dari seorang ibu.

__________________________________________________________________________________

Artikel ini dicoret khas buat ummi tersayang,Puan Maheran Bt Che Mat,cinta pertamaku yang tidak jemu-jemu melayan karenah manja,nakal,degil,berontak dan sewaktu dengannya yang sebati dalam diri ini sejak kecil hingga besar.Ummi,chik tahu chik banyak mengguriskan hati ummi,chik menyusun 10 jari tangan dan 10 jari kaki memohon maaf atas ketelanjuran masa lalu dan chik janji tidak akan ulangi lagi perangai nakal tu.Dan terima kasih juga chik ucapkan kerana ummi sudi mengandungkan chik yang selalu membuat free kick dalam perut ummi,melahirkan chik tanpa sempat ke hospital,menyusukan chik selama 2 tahun lebey,membesarkan chik sehingga kini,mengajar chik erti sebuah kehidupan dan yang paling bestnye,ummi tak jemu-jemu menjadi pendengar setia setiap celoteh dari seremeh-remeh perkara hinggalah sebesar-besar perkara,chik tahu ummi buat semuanya demi melegakan hati chik.Ummi,ummi lah insan yang paling chik sayang......i love you ummi..!!!
**chik adalah panggilan manjaku..ahaks
Ummi,selamat hari ibu dan selamat hari lahir ke 50,semoga ummi dipanjangkan umur dan berada dalam kehambaan kepadaNya selalu...


Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapakan selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu kat dunia ini,semoga pengorbananmu dijadikan Syurga Firdaus sebagai ganti dan balasan.

untuk menghibakan lagi jiwa anda,saksikan video ini.

 

 sekian.

Muizz Ashari
Irbid Jordan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails