Thursday, May 5, 2011

Sebuah Matlamat




Pembuka bicara

Salam kepada pembaca yang saya kasihi sekalian,bertemu lagi kita dalam entri kali ini dengan sebuah tajuk "matlamat".Tidak dinafikan bahawa semua perkara yang kita buat dalam hidup ini mempunyai matlamat tersendiri,hatta saya menulis entri kali ini pun mempunyai matlamat,iaitu saya ingin menjadi penulis tetap dalam jurnal niaga suatu hari nanti,maka saya perlu berlatih menulis dari sekarang..^_^

Seperti mana yang kita sedia maklum,matlamat yang jitu merupakan asas dan kompas utama dalam menuju kejayaan,tidak kira dalam apa bidang sekalipun,hatta dalam kerjaya merompak...!! Ternyata ianya merupakan tunjang utama dalam mendorong untuk kita tidak mengenal erti putus asa,kecewa dan penat dalam berusaha.Kejayaan dan kesenangan yang didambakan manusia hanya dapat dicapai melalui keberanian dan usaha yang gigih.

Maksud matlamat.



Matlamat secara ringkasnya bermaksud sesuatu yang kita ingin capai.Selalunya ia akan berkait rapat dengan  penggunaan masa dan usaha.Sebenarnya kita menggunakan matlamat setiap hari.Contohnya,kita ingin pergi ke kedai untuk membeli makanan,jadi makanan itu adalah matlamat kita pergi ke kedai.Itu secara mudahnya.
Cuba kita bayangkan,kita mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang peguam yang bermatlamatkan menegakkan kebenaran dari pihak yang tidak bersalah.Untuk menjadi seorang peguam tidak dapat tidak memerlukan kepada pengentahuan tentang undang-undang,menghafal perlembagaan,pandai menterjemah perlembagaan,belajar menyelesaikan masalah,mengkaji kes-kes yang terpencil dan sebaginya.
Secara umumnya :
**matlamat : menegakkan kebenaran
**wasilah untuk capai matlamat : menjadi seorang peguam
**keperluan dalam wasilah : pengetahuan tentang undang-undang,menghafal perlembagaan,pandai menterjemah perlembagaan,belajar menyelesaikan masalah,mengkaji kes-kes yang terpencil dan sebaginya.

Membina matlamat

Kita perlu mengenal pasti semua keperluan dan keinginan kita sejelas-jelasnya,kerana tanpa matlamat yang jelas kita akan terus menerus berada dialam fantasi,dan hidup dalam angan-angan Mat Jenin sahaja.Dengan matlamat yang jelas,kita akan menjadi lebih kuat dan mampu mendepani segala macam cabaran yang mendatang.Yakinlah,seseorang yang bermatlamat jelas akan menjadi kuat seumpama besi waja,makin dibakar oleh keadaan sekeliling,makin teguh mendepani kehidupan.Sebaliknya bagi mereka yang kabur akan matlamatnya,seumpama timah yang cair dan hancur berkecai apabila dibakar dengan cabaran.

Penutup
 Sidang pembaca yang budiman,kepentingan sesebuah matlamat dalam meniti hidup memang tidak boleh dipertikaikan lagi,dan ianya menjadi satu kemestian dalam kehidupan kita.Ya,satu kemestian....!!
Inilah perkara yang paling penting dalam kehidupan kita,kita semua membawa satu matlamat dalam melayari hidup dipersinggahan sementara ini,iaitu mencari keredhaan Allah swt... kerana Allah berfirman,
"wama khalaqtul jinawal insan illa liya budunn"
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”
(Surah Adz-Zariyat, ayat 56)

Apalah makna hidup kita tanpa keredhaan Allah swt walau pun berlangitkan lu'lu' wa marjan dan berlantaikan emas dan permata melainkan mendapat kemurkaanNya jua nanti.Oleh itu suka saya mengingatkan diri sendiri dan sidang pembaca sekalian,marilah sama-sama kita jelaskan matlamat pencarian dalam hidup kita ini,dan kita adaptasikan dalam kehidupan yang masih berbaki hanya seketika.Semoga kita tergolong antara orang-orang yang mendapat keampunan dan maghfirah dariNya,dan pada masa itu,kita lah orang yang berjaya mencapai matlamat sebuah kehidupan...!!

sekian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails