Wednesday, November 6, 2013

Kenyataan Karpal, PAS perlu berpecah dgn DAP...??


Semalam Karpal Singh mengeluarkan saranan supaya parti politik atau persatuan berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai rakyat tanpa batasan kaum dan agama, katanya cara itu merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini dan sudah tiba masa semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftaran, termasuk PAS jika mahu membentuk negara yang bersatu-padu.



Saranan ini dikira satu bola tanggung untuk parasit dalam PAS dan musuh-musuh sekitar pas yang sudah sekian lama menjadionak dan duri terbesar dalam perjuangan PAS. Rentetan dari itu banyak suara yang mengatakan serigala tidak boleh sekandang dgn biri-biri, jerung tidak boleh duduk sekolam dengan sardin dan beberapa jenis analogi yang menggambarkan PAS tidak boleh bersama dgn DAP.

Pandangan pribadi terhadap isu ini, PAS berlu bertegas dengan saranan Karpal tetapi berpisah dengan tahaluf siasi dengan DAP satu kerugian bagi PAS. Keberadaan PAS dalam kompenan pakatan rakyat dikira bertapak jauh kehadapan dengan beberapa pembaharuan yang dibawa oleh PAS, suasana politik tanah air hari ini lebih memerlukan beberapa gandingan parti politik untuk terus menjadi lawan yang digeruni oleh parti pemerintah UMNO.


Syabas saya ucapkan kepada Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana mengambil isu ini secara matang dan tidak terpengaruh dengan desakkan mereka yang dilihat perjuangkan PAS, tetapi jauh disudut hatinya suka jika PAS hancur dan rosak.

Jika PAS bersendirian, makhluk paling gembira selepas syaitan ialah UMNO. Mereka boleh berkuasa macam dulu2, PAS senang dipijak2 oleh UMNO, senang nak buat dasar kroni dan penyelewengan dalam parlimen kerana tidak ramai yang membantah..saya doakan dari jauh semoga PAS terus kuat mendepani mehnah dan tribulasi serta tegas dan berhikmah dalam menyelesaikan masalah yang berlaku dalam pakatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails