Friday, May 6, 2011

Sampah Kepala Otak


Assalammualaikum sidang pembaca yang saya hormati,setinggi syukur dipanjatkan kepada Allah swt kerana masih lagi memberi nikmat iman dan islam sehingga saya dan anda sedang menatap skrin ketika ini.Kita perlu memastikan berlalunya hari-hari yang berbaki hanya seketika ini senantiasa dalam kehambaan kita kepada Allah swt,InsyaAllah.

Sampah kepala otak

Hari ini saya akan melontarkan satu tajuk perkongsian iaitu "sampah kepala otak".Adakah anda menyedari,setiap hari anda banyak menerima dan memproses data maklumat yang datang dari pelbagai sumber dan arah,kawan,adik beradik,akhbar,tv,radio,guru,dan tidak terlepas juga dari pengemis jalanan.Pelabagai cerita dan tajuk dipersembahkan,dari sekecil-kecil benda seperti layang-layang dicuri anjing hinggalah sebesar-besar perkara seperti masalah negara,semuanya diperdebatkan.

Bermula bagun dari tidur si ayah mula menceritakan tentang kes kecurian besi dikampung sebelah,semasa dalam perjalanan ke kelas,pak cik warung menceritakan masalah ekonomi negara Tunisia,masuk kelas guru melontar kisah buaya dan lipas,sesi rehat dipenuhi dengan gosip-gosip artis,berjalan pulang dimomok dengan kehebatan ahli silap mata dari radio sehinggalah disaat melelapkan mata masih lagi si adik bercerita tentang pergaduhan yang berlaku di pusat jagaan kanak-kanak.Satu proses kehidupan yang dikelilingi dengan sampah maklumat.

Tapis otak kita
Kita perlu menapis setiap maklumat yang masuk dalam pemikiran kita kerana diri kita dibentuk dari apa yang kita fikirkan,sebagai contoh,jika kita mengutip dan memproses permasalahan dalam politik,maka kita akan menghabiskan masa dan tenaga untuk mencari dalil dan hujjah untuk terus mendokong lambang dan logo tertentu yang sememangnya kita tahu permasalahan ini tiada titik noktahnya.Masalah seperti ini tidak menguntungkan mana-mana pihak yang terlibat,malah ada pihak yang ketiga bergelak ketawa melihat kebodohan dan keasyikkan kita dengan permainan yang dirancang atas nama "kesalahan perlu didedahkan"..!

Tetapkan sasaran
Jelaskan sasaran anda dalam kehidupan ini,jika anda seorang pemburu singa dibelantara,tumpukan perhatian kepada pencarian anda,kenapa perlu anda membelek-belek pokok renek yang terdapat disepanjang laluan pemburuan anda atau terpesona dengan keindahan hutan belantara yang jelas ia bukan matlamat anda.
Anda...!!! jadilah siapa anda dimasa hadapan,lekas corakkan lanskap kehidupan mengikut acuan yang diimpikan,usah leka dengan sampah sekeliling,majulah untuk menjadi diri anda..Bukan saya bermaksud anda tidak perlu menghiraukan apa yang berlaku sekeliling,anda mungkin perlu ambil tahu sedikit sebanyak,atau mungkin cukup sekadar menunjukkan anda peka dengan sekeliling.Biarkan mereka dengan pihak yang bertanggung-jawab menyelesaikan masalah itu.Anda tidak dapat membantu dengan hanya membaca atau mendengar mengenai masalah bapak merogol anak,peragut yang meragut,seekor manusia buang anak,atau seorang anjing menyelamatkan anaknya dari dilanggar kereta,melainkan ia semua mengtongsampahkan pemikiran anda semata-mata.

Pendirian saya
Saya sebagai seorang usahawan telah menggariskan beberapa perkara yang sudah dikenal pasti sebagai sampah dalam menuju cita-cita saya sebagai ahli perniagaan.Sampah tersebut ialah :.
  1. Politik : Saya tidak akan membincangkan tentang politik yang saban hari makin menjijikkan.Saya tidak akan sesekali memandang kearah mana-mana logo dan lambang dalam membuat sebarang penilaian.Apa yang benar,saya akan katakan benar,apa yang salah,saya akan katakan salah,dan apa yang tidak diketahui akan kebenaran/kesalahannya,saya biarkan ia dengan pihak bertanggung-jawab.
  2. Kekhilafan dalam agama : Juga tidak dicampur-adukkan dalam kehidupan saya dengan permasalahan khilafiah dalam agama.Jika kamu katakan ianya halal,sila datangkan dalil,dan jika kamu mengatakankan ianya haram,juga bersama dalil.
  3. Perkara remeh : Perkara semasa seperti dunia hiburan,pembunuhan Osama Laden,rampasan kuasa negara,Justin Bibir yang berumur 50an dan sebagainya yang jelas tidak memberi sedikit pun manafaat dalam menuju matlamat saya.
Saya teguh berdiri diposisi dalam membangunkan ekonomi umat Islam dengan mengenepikan sampah-sampah seperti yang disebutkan diatas.

Penutup
Kita sebagai umat islam masing-masing mempunyai peranan dan tanggung-jawab dalam membangunkan agama tercinta Islam.Seperti mana yang kita sedia maklum,saban hari agama kita dipermainkan,dilabelkan dengan label yang tidak sepatutnya,persepsi masyarakat dunia tentang Islam dan nasib umat Islam makin hari dihina dan terhina akibat daripada sikap kita yang leka dengan sampah...!!

Dikesempatan ini juga,saya mengucapkan tahziah kepada sahabat saya saudara Raja Haziq kerana menjadi mangsa kecurian pemuda arab <klik disini>.Semoga mereka diberi hidayah dan petunjuk dan memulangkan barangan yang dicuri itu nanti.

sekian.

Muizz Ashari
Irbid Jordan.

3 comments:

  1. Anonymous5/06/2011

    beshhh habeh bebeh....

    ReplyDelete
  2. Anonymous5/07/2011

    suka entry ni benar tu saudara.. tidak akan sesekali memandang kearah mana-mana logo dan lambang dalam membuat sebarang penilaian..

    http://akuislam.com/blog/renungan/menjadi-multiple-intelligent/#axzz1LdQB2YsU

    ReplyDelete
  3. semoga seluruh dunia butakan logo dan hanya kenal erti kebenaran..semoga Allah redha kita semua...=)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails