Wednesday, September 5, 2012

Mahari Group


Mahari group adalah satu rangkaian perniagaan keluarga yang akan diurus tadbir oleh kaum kerabat terdekat dalam beberapa bidang perniagaan dengan bertujuan untuk membebaskan kaum kerabat terdekat dari pekung kemiskinan disamping membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Penubuhan dan penjenamaan.


Ditubuhkan secara rasmi pada January 2010 dengan kata sepakat beberapa ahli lembaga pengarah dalam mesyuarat pertama mahari group.Nama Mahari diambil dari kombinasi antara nama ummi dan abah kami iaitu MAHeran + ashARI = MAHARI dan Group tu kami selaku anak cucu mahari.

Produktiviti

Dibawah Mahari group dipecahkan beberapa anak syarikat perniagaan yang diurus tadbir berasingan antaranya ialah :

Mahari Properties akan menguruskan projek perumahan berskala kecil dan besar bersesuaian dengan permintaan semasa.Syarikat ini akan dikendalikan oleh salah seorang ahli mahari group yang cukup berpengalaman dalam bidang perumahan.

Mahari Collection akan dibuka khusus untuk fesyen islamik lelaki mahupun wanita,dengan sentuhan seni jahit dari pakar-pakar yang diimport dari negara arab atau dari tanah air.

     Mahari Travel
Mahari Travel akan melancarkan pengurusan dibahagian pelancongan khususnya dalam negara dan timur tengah,umrah haji,ticketing,dan apa jua pengurusan yang berkaitan dengan pelancongan dan penerbangan domestik mahupun international.


Mahari canopy and catering adalah satu bidang yang dilihat sebagai penggerak ekonomi terpantas dalam mahari group dan akan dikawal selia oleh seorang ahli dari mahari group yang dikira sebagai tenaga mahir dalam menguruskan canopy and catering.

Mahari Consultancy adalah sebuah syarikat perunding dan khidmat nasihat dalam bidang perniagaan yang kami kendalikan dibawah Mahari Group.

Mahari plantation menyediakan ruang pelaburan yang menguntungkan dalam industri komoditi dalam negara seperti sawit,getah,koko,nenas dan sebagainya.



     Mahari Ternak
Mahari Ternak adalah anak syarikat terpenting dalam Mahari Group kerana ia memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan daging mentah dalam negara,ianya membekalkan daging haiwan ruminan seperti lembu,kerbau,kambing dan rusa.


Hubungi Kami

insyaAllah Mahari group akan didaftarkan sebagai hak milik dan akan bergiat aktif melalui web site yang akan dibina (www.maharigroup.com).temui kami dimasa hadapan nanti...!!


sekian...yang komited membangunkan Mahari Group :


MUIZZ ASHARI 


2 comments:

  1. uwah..uwah !!
    hensemnyer pembangun Mahari Group ni ! ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hey you....!!
      dah like habis ke group mahari nie..??

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails