Friday, September 7, 2012

perniagaan yang sesuai

berfikir mencari hasil

Sudah menjadi rutin harianku ditemani dengan pelbagai idea perniagaan yang tidak jemu memasuki kotak pikiran untuk dikaji selidik dan dianalisa sebelum dibuang jauh bagi yang fantasi,dan ditanam dalam bagi yang realiti...tetapi kebanyakkan darinya dibuang kerana tidak menepati spesifikasi yang aku kehendaki.Hari ini sekali lagi aku dipermainkan oleh permainan minda dengan 2 3 idea perniagaan yang agak menarik,tapi risiko nya jugak menarik,tapi takpe,aku positif dengan kehadiran idea itu,dan aku yakin ianya bukan untuk menyusahkan aku,sebaliknya untuk menolong untuk aku lebih matang dalam dunia yang aku ceburi.


Menyentuh sedikit soal ketakutan,suka untuk aku memetik kata-kata dari jurulatih kejayaan dan penulis buku secret of millionaire mind T,harv Eker
“Setiap individu kaya dan berjaya mempunyai ketakutan. Namun apa yang membezakan diri mereka dengan orang lain adalah, mereka tidak membiarkan perasaan takut itu menguasai diri mereka.”
ya,jangan biarkan ketakutan menguasai diri...aturkan strategi,kuatkan pertahanan dan serang dengan penuh keberanian...!!(oppss...dah jauh rupanya aku merepek).Apa pun bukan itu yang cuba aku sampaikan,anggap sahaja itu sebagai pembuka kata,berbalik pada tajuk,perniagaan yang sesuai...??soalan yang kerap kali ditanya oleh peminat dunia perniagaan,tetapi masih lagi berada di bangku penonton.

Alhamdullah beberapa hari lepas aku diberi peluang untuk bertemu dan kongsi pengalaman dengan salah seorang ahli perniagaan jordan yang bernama Haj Naji kaya raya lagi beriman,beliau memiliki beberapa buah syarikat automotif di pelbagai negara,dan membangunkan sebuah masjid di bandar amman jordan yang bernilai 4.5juta dinar bersamaan RM20juta seterusnya melayakkan beliau digelar seorang ahli perniagaan yang berjaya.(kawan saya dilantik menjadi imam disitu)
syarikat : al-hamsyari group


3 point penting dari perkongsian yang bermakna daripada taiko perniagaan ialah (disampaikan dalam bahasa arab) :
  • wajib bertaqwa kepada Allah.
  • menceburi bidang yang kita minat dan mahir.
  • dokumentasi segala aliran keluar masuk.
bertaqwa pada Allah
apa jua dalam kehidupan kita,tidak dapat lari dalam bertaqwa kepada Allah kerana hanya satu sahaja tempat pergantungan,tanpa taqwa akan melahirkan para peniaga yang zalim,kejam dan menindas golongan bawahan.

menceburi bidang yang kita minat dan mahir
beliau menambah lagi,pernah sekali datang seorang investor yang ingin mengajak beliau untuk menceburi dalam dunia kedoktoran dengan keuntungan berjuta dinar,dan hal ini dipersetujui sebulat suara oleh anak menantunya,dengan kata mudah,Haj Naji berkata :"aku akan menandatangani projek ini jika salah seorang dari kamu (sambil menunjuk pada anak-anaknya) menjadi seorang doktor".dengan kata lain,jangan ceburi perniagaan yang kita tidak ada ilmu tentangnya.dan sebab itu saya komited membangunkan Mahari Group..!

dokumentasi segala aliran keluar masuk
tak perlu huraian panjang,ini adalah kerja yang wajib bagi mana-mana syarikat perniagaan,sama ada untuk mengentahui hutang piutang,keuntungan mahupun kerugian.

sekian.
muizz ashari
well homes maintenance
irbid jordan
10.07pm
07092012

2 comments:

  1. Tinting solo titanium - Tinting Solo Tinting Solo - Tinting Solo - Tinting Solo
    Tinting Solo Titanium is the Tinting Solo Tinting Solo in Tinting, USA. Read reviews, buy Tinting Solo Titanium - t fal titanium pan Tinting Solo - Tinting titanium shift knob Solo - silicone dab rig with titanium nail Tinting titanium oxide Solo - how much is titanium worth Tinting Solo - Tinting Solo - Tinting Solo

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails