Wednesday, April 28, 2010

Dek kasih Sang Pencipta,kita terpisah di dunia ini..

 Allahyarham Abdul Rahim Ismail

Khalifah ini.....Diciptakan untuk menjadi pemangkin Agama Sang Khalid didunia,dan mendapat rahmatNya diakhirat,sebuah keluarga telah dipilih yg bertemakan pejuang syiar Islam untuk menjadi asbab kewujudannya di dunia ini....


tanggal 25 Oktober 1990........sempurnalah kelahiran seorang hamba di dunia fana ini,sebagai tanda kasih dan sayangnya sang Pencipta..termaktub Abdul Rahim namanya di luh mahfuz sebagai pemanggil diri.

dibesarkan mengikut geometri Islam dan adab tatasusila yg tinggi menjadi faktor utama kecintaan yg mendalam oleh makhluk sekelilinginya.Liku hidupnya berbeza dengan manusia lain menandakan percaturan alam ini seterusnya menjadi dalil tanda kebesaran yg Esa...

Aku...diberi peluang untuk mengenali insan ini semenjak mampu berdiri tanpa bantuan ibu...
Aku...diberi peluang untuk sama2 mengenali dunia dengan bertemankan insan ini.
Aku juga diberi peluang untuk sama2 mengenali makna sebuah persahabatan....juga bertemankan insan ini.



Rahim sahabatku....
masihkah kau ingat,dulu kita pernah lumba basikal semasa pulang dari sekolah..?
masihkah kau ingat,dulu kita pernah mandi disungai yg terletak dihujung kampung kita..?
masihkah kau ingat,dulu kita pernah menagkap ikan di bendang selepas musim menuai..?
masihkah kau ingat,dulu kita pernah bermain wau di musim menuai padi ..?
masihkah kau ingat...
masihkah kau ingat...
masihkah kau ingat....................

sejujurnya....kenangan itu teguh dalam ingatanku untuk berkongsi denganmu..

tapi...dek kasih Sang Pencipta,kita terpisah di dunia ini..


masih lagi aku ingat,kau pernah mengadu sakit diperut di suatu petang dibulan puasa 2008.aku berusaha mencari penawarnya,tiba ku temui ubat tradisional "dubt mekah" dan kau dapat bertahan dengannya.

 
Allahyarham Abdul Rahim,Rahman dan Aku.

sahabatku....tanggal 16 September 2008,aku terpaksa berjauhan buat seketika denganmu kerna keperbatasan jarak dan lanjutan pengajianku dibumi Jordan dengan satu janji...kita akan bertemu semula.

ya,aku masih setia dengan janji kita...kita akan bertemu.ingin sekali aku bercerita padamu pengalaman aku di bumi ambia' ini...

tapi...dek kasih Sang Pencipta,kita terpisah di dunia ini..

suatu pagi di akhir tahun 2008,ku terima berita kau dimasukkan ke wad di sebuah hospital..katamu, itu hanya sakit perut biasa ..aku bimbang..hanya doa dan kata2 semangat aku mampu kirimkan padamu.

dengan pembedahan kecil dibawah tengkuk pada 17 january 2010,bermula proses "penyucian" dari Tuhan pencipta langit dan bumi.rentetan pada itu, proses "penyucian" itu semakin menjadi2 sehingga  dirimu terpaksa menyembah yg Esa dengan keadaan berbaring.aku risau.

sering aku berpesan padamu,"Allah itu tidak zalim pada hambanya,Dia yg menciptakan kita,dan Dia yg tahu apa yg terbaik untuk kita"... kau mengiakannya.

seringkali ungkapan setiap doaku selepas solat "ya Allah,berilah kesempatan padaku untuk mengotakan janjiku padanya,aku ingin berjumpa denganya"...


tapi...dek kasih Sang Pencipta,kita terpisah di dunia ini..

ku menerima panggilan dari abangmu didinihari tanggal 28 April 2010,tapi aku tak sempat menjawab panggilan itu..hatiku berdebar..jarang sekali abangmu membuat panggilan dari jarak jauh menggunakan panggilan telefon biasa,biasanya kami berhubung melalui Facebook atau email.pelik..."ya Allah,jauhilah kami dari musibah dunia dan akhirat"..sekilas hatiku.

untuk menamatkan kerisauan hati ini,aku terus mendail ayahanda dikampung...tepat sangkaanku..Allah lebih mengasihimu lebih dari kasihku padamu..aku terduduk dan tertunduk..air jernih mengaburi mataku...hah..?aku menangis...?hati sekeras ini boleh menangis..?

bukti kasihku padamu ialah pada air mata ini....tp aku tak dapat bayangkan betapa kasihnya Allah padamu sehingga air mata si hati keras ini tak dapat menandinginya...

Ya Allah,aku bertawassul dengan sifatMu Ar-rahman dan Ar-Rahim,Engkau pilihlah sahabatku ini salah seorang dari penghuni syurgaMu.

  

29/4/2010...2.05am..

2 comments:

  1. Salam...

    Innalillah...sayang Allah bergentayangan, bila menerpa ianya seolah terserempak dalam sedar...lalu diangkat ruh kita ke alam abadi...

    Berbahagialah sahabatmu di sana...moga impianmu dimakbulkan jua untuk bersama bertamu di syurga Allah... Al-Fatihah untuknya.

    Death is a beautiful gift for a believer.

    -ibunoor-

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails